SyaaBan Kini, RaMaDHaN MeNaNTi..


Saidatina Aisyah berkata:

Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidatina Aisyah berkata:

Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Insafi Diri Insan yang Hina...


Salam ukhwah.
Syukur kita pada Pencipta sekalian alam kerana kita masih lagi dilimpahi rahmat dan Nikmat yang bernilai, alhamdulillah.Kesihatan yang diberikan agar kita tetap taat beribadah,penglihatan yang masih jelas agar kita mencari kebenaran yang hakiki sambil memerhatikan ciptaan alam yang sungguh indah, Keunikan ciptaan tubuh badan kita membuatkan kita terfikir bagaimana Allah aturkan Bulu hidung dan bulu roma kita tidak panjang seperti rambut, gigi kita yang keras disepanjang gusi kita yang lembut, dan aturan allah menjadikan pabila tangan kita menghulurkan sesuatu ke dalam mulut automatiknya mulut membuka seluas2nya agar makanan masuk kedalam,dan yang paling menariknya Allah aturkan penciptaan saluran pembuangan kecil dan besar,..ish.hebatnya Allah.. Allah angkat darjat manusia dengan akal yang waras menandingi ciptaan2 nya.. Mana mampu manusia yang lemah ni mencipta sedemikian rupa..Kita fikir2kan lah..

Pernahkah kita terfikir bagaimana ciptaan Allah swt menciptakan unta yang hidup di padang pasir? Kakinya yang mampu mengesan di mana kawasan pasir jerlus, mata yang mampu menahan ribut pasir di padang pasir, binggol unta yang mampu menyimpan air dan pelbagai lagi keistimewaan tang ada pada unta..Pernah kah kita terfikir? renung2kanlah..

Sekadar itu sahaja buat kali ni, petikan dipetik dari kelapangan masa menghadiri kuliah2 bagi mengisi rohani yang kosong, mana yang baik itu dari Allah, Yang buruk dari kelamahan diri sendiri.akhir kata Wallah hu a'lam.

Yahudi masuk Masjidil Aqsa


REMAJA Palestin melaungkan slogan anti Israel ketika berhimpun di depan Masjid Kubah Batu bertentangan Masjidil Aqsa, baru-baru ini.

Rejim Zionis rancang bina semula kuil di tanah suci ketiga Islam

BAITULMAQDIS: Polis Israel membenarkan 45 rakyat Israel memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa, tanah suci ketiga Islam, dalam apa yang disifatkan rakyat Palestin sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kemarahan ummah.
Kumpulan penduduk Yahudi terbabit melawat kawasan berkenaan sempena bulan kesembilan dalam kalendar Yahudi dipanggil 'Av', bagi memperingati kemusnahan kuil Yahudi pertama dan kedua, yang dikatakan di bawah Masjid Al-Aqsa. Masjidil Aqsa terletak bertentangan Masjid Kubah Batu iaitu lokasi Nabi Muhammad diangkat ke langit dalam peristiwa Perjalanan Malam (Israq Mikraj).

Masjid Kubah Batu yang disebut juga sebagai Masjid Omar adalah kawasan yang disifatkan sebagai maruah rakyat Palestin.

Ia amat sensitif berikutan kumpulan pelampau Yahudi mahu memusnahkan masjid yang ada pada masa ini dan membina 'Kuil Ketiga'.
Pengarah pejabat Waqf Islam di Baitulmaqdis, Sheikh Azzam Al-Khatib berkata, polis Israel turut mengiringi penduduk Yahudi terbabit dan melindungi mereka.

SEORANG wanita Palestin duduk di rumahnya sebagai memprotes rancangan Israel menempatkan penduduk Yahudi di kawasan Sheikh Jarrah, timur Baitulmaqdis.

Beliau memberitahu, kumpulan penduduk Yahudi itu berada dalam kumpulan antara 12 hingga 15 orang. Tiada pergaduhan meletus setakat ini.
Sabtu lalu, Azzam dipetik sebagai berkata: "Jangan harap orang Yahudi akan dapat bina kuil mereka di tanah suci al-Aqsa. Ia tidak akan berlaku. Mereka hanya bermimpi di siang hari jika menganggap orang Islam akan lepaskan masjidil Aqsa."
Kata-katanya disambut jeritan dan tepukan gemuruh beribu-ribu kanak-kanak Arab yang berada di sekitar masjid itu bagi menyambut pesta tahunan Dana Kanak-kanak Al-Aqsa.
Selasa lalu pula, kumpulan sayap kanan Israel berarak di Baitulmaqdis berhampiran kawasan al-Aqsa.Polis menutup jalan Al-Wad bagi melindungi mereka dan memudahkan demonstrasi terbabit. Pemilik kedai Palestin juga diarahkan menutup perniagaan mereka pada 6 petang.
Ada rakyat Israel menyerang penduduk Palestin dan harta benda mereka berhampiran sekolah perempuan Silwan dekat Pintu Mughrebi yang menjadi laluan ke al-Aqsa. Enam warga Palestin cedera dalam kejadian itu.
Perkembangan di Aqsa menyusuli tindakan kerajaan Israel membuang perkataan 'bencana' atau 'al-Nakba' dalam buku teksnya yang digunakan kanak-kanak Arab.
'Al-nakba' merujuk pembentukan negara Israel pada 1948 sekali gus menandakan permulaan penjajahan Yahudi tanah Palestin. Agensi

Panduan Buat Semua....

Lokasi Perhimpunan, lokasi anda d mana??/%$#!%$
Chaiyok2 Pak Lah..
ISA ZALIM,KEJAM Dan Sewaktu DgnNya...

Ku Tetap Bersamamu..
Ayuh sahabat2, Tunggu Apa lagi?@%$%#@

Penting! Panduan bagi peserta perhimpunan aman Mansuhkan ISA...

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

  1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
  2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.
  3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA
  4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
  5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.
  6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
  7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
  8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
  9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
  10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
  11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
  12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
  13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
  14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

  1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
  2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
  3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.
  4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.
  5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
  6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA
  7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
  8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.
  9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
  10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
  11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
  12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
  13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
  14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

  1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
  2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
  3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.
  4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
  5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
  6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
  7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
  8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.
  9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.
  10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.
  11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
  12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
  13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
  14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan

  1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.
  2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.
  3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.
  4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
  5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
  6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
  7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
  8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
  9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
  10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
  11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
  12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
  13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
  14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
  15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
  16. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya untuk rekod dan disiarkan. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan

  1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
  2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.
  3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.
  4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
  5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
  6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

  1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.
  2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
  3. Jangan hampiri mereka.
  4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
  5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
  6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

  1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
  2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
  3. Duduk jika pimpinan arahkan.
  4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.
  5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
  6. Ambil gambar mereka jika sempat.
  7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

    1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
    2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
    3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
    4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
    5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
    6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
    7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
    8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
    9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
    10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
    11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

  1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
  2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
  3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
  4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
  5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
  6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
  7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
  8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
  9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
  10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
  11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perbaiki Diri,Sebelum Perbaiki Orang Laen.


Salam Perjuangan.
Sahabat yang dikasihi sekalian, setelah sekian lama mendiamkan diri, tersemat dalam diri memikirkan masaalah yang melanda ummah ketika ini, Dalam sibuk mencari ilmu di Kampus, ku selitkan jua sedikit masa menghadiri kuliah2 diluar bagi mendapatkan pengisian rohani malah apa yang sebenarnya yang berlaku di luar sana, agar kita menjadi Mahasiswa yang punyai pengetahuan kelas Pertama..
Antara yang dapat dikongsi bersama, isu bid'ah yang melanda tempat pengajianku. antaranya membaca yassin ketika saat nazaknya seorang dari ahli keluarga kita, dikatakan bahawa membaca Surah Yassin adalah perkara yang Nabi Muhammad saw tidak pernah lakukan,Solat sunat Terawih cukup sekadar 8rakaat, banyak lagi perkara2 seperti itu sehingga Ditempat ku sudah di lali dengan perkara2 seperti itu yang dahulunya aku kurang mengerti..Perkara2 sebegini sudah ditahap yang membimbangkan sehingga timbul perpecahan, Dibukukan segala perihal berkaitan bid'ah2 dan disebarkan keseluruh negeri..
Kata Murabbi ku yang jelas terpancar NurIman di wajah, susuk tubuh yang sesuai dengan tingginya mampu meyakinkan dengan apa yang disampaikan kepada jemaah yang hadir dari serata negeri, kuliah seminggu sekali benar2 membuatkan hati para mujahid tidak mampu melelapkan mata pabila beliau memulakan majlis, malah sentiasa menunggu2 tibanya minggu berikutnya..alangkah manis.
Berbalik perihal Bid'ah, Menyedekahkan Al-Fahatihah, Surah Yasin pada si mati, allah akan meletakkan amalan2 yang disedekahkan pada si mati di satu tempat dan diberikan pada simati, Maka dengan itu berseri2 lah wajah si mati dengannya..Perihal solat sunat terawih yang dilakukan, Tiada hadith menghalang dari melakukan seberapa banyak jumlah rakaat, mengenai puasa di bulan Rejab,Syaaban dan Ramadhan tiada juga hadith yang menghalang kita berpuasa direct 3bulan, pada sudut pemikiran kita, apa akan jadi jika Nabi Muhammad saw berpuasa direct 3 bulan? tentu akan menjadi kewajipan pada umatnya untuk turut berpuasa. Adakah kita tidak merasakan tentu Nabi Muhammad saw menginginkan dan mampu berbuat sedemikian..Baginda berpuasa selang sehari,adakalanya selang 3 hari.. Barangsiapa yang berpuasa sehari kerana allah,Allah akan Bina Satu parit yang memisahkan antara Syurga dgn Neraka untuknya,Luasnya parit seluas langit dgn Bumi.Sedarlah wahai sahabat sekalian, Perbadaan sebegini mampu memecahbelahkan umat islam..Banyak lagi perkara2 yang Besar yang kita perlu fikir dan atasi bersama..
Cukup setakat ini sahaja.mana yang baik datangnya dari Allah,Yang buruk dari kelemahan seorang hamba yang mencari Keredaan darinya,Hakikatnya kedua2nya datang dari Pencipta yang mahukan kita berfikir,merenung dan menginsafi diri..Wallah hu a'lam..

BEDAH SIASAT- RAHSIA PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1)

Pengertian:
*Israk – berjalan malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa *Mikraj – dari Baitul Maqdis hingga ke Sidratul Muntaha Tarikh: *27 Rejab (selepas Tahun Dukacita)

Sebelum Isra’ & Mikraj
1.Rasulullah SAW dibedah dada oleh malaikat Jibril dan Mikail 2.Hati baginda SAW dicuci dengan air zamzam 3.Dibuang ketul hitam (alaqah) 4.Dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dadanya 5.Didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi

Semasa Israk Mikraj(Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa)
1.Ditemani Malaikat Jibril dan Israfil 2.Bersolat dua rakaat di tempat-tempat tertentu 3.Diganggu jin Ifrit 4.Menyaksikan peristiwa-peristiwa yang amat ajaib 5.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil. Apabila dituai, buah yang baru keluar semula seolah-olah belum dituai. Ia berlaku berulang-ulang. 6.Tempat yang berbau harum. Jibril memberitahu, itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak angkat Firaun) bersama suami dan anak-anaknya. 7.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali pecah, sembuh kembali lalu dipecahkan pula. Ia berlaku berulang-ulang. 8.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain. Dihalau seperti binatang ternakan dan makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. 9.Lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. 10.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. 11.Kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Ia berlaku berulang-ulang. 12.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. 13.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat masuk semula lubang itu. 14.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Nabi SAW tidak mempedulikannya. 15.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh nabi SAW berhenti. Nabi SAW tidak menghiraukannya. 16.Seorang perempuan bongkok tiga menahan nabi SAW untuk bertanyakan sesuatu.

Semasa Mikraj (Naik dari Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha)
1.Langit pertama : Bertemu dengan nabi Adam AS 2.Langit kedua : Bertemu dengan Nabi Isa AS dan Yahya AS 3.Langit ketiga : Bertemu dengan nabi Yusuf AS 4.Langit keempat : Bertemu dengan nabi Idris AS 5.Langit kelima : Bertemu dengan nabi Harun AS 6.Langit keenam : Bertemu dengan nabi-nabi dan nabi Musa AS 7.Langit ketujuh : Bertemu dengan nabi Ibrahim AS

Selepas Mikraj
Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan sampai ke Baitul Maqdis. Lalu menunggang Buraq ke Mekah pada malam yang sama.

Kesimpulan
a)Penting untuk kita menghayati dan meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. b)Memberi keinsafan supaya sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaanNya. c)Menguji keimanan umat Islam untuk mempercayainya. d)Menunjukkan bukti kekuasaan Allah e)Perihal wajibnya solat dalam kehidupan muslim.

HiDuP MuLiA MaTi SyahiD..

We Love Tok Guru...

Sedikit Kenangan Manis..

.