Family Day 2011

HARI KELUARGA "WARISAN MOHD AMIN DAN SANIMAH"


Segala puji bagi allah, tuhan empunya Bumi, Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, Selawat serta salam pada junjungan besar nabi Muhammas saw, Berkat perjuangan Baginda dan para sahabat, dapat kita hari ini mengecap dua nikmat terbesar yg ada pada diri kita yakni IMAN dan ISLAM.

Insyaallah pada Tarikh dan Masa yg tertera diatas, Hari Keluarga kali ini akan berlangsung dengan penyertaan yang begitu teruja saya kira, kerana apa? kerana Arwah atok dan nenek yg telah pergi selama2nya bertemu Tuhan yg Esa, pergi dan tidak akan kembali, telah meninggalkan satu Keluarga yg besar dan kini masing2 berada di merata2 tempat, ada di KL,ada di Johor, Ada di Grik,dan ada juga yang masih berada di negeri Melaka Tercinta. Program ini bertujuan semata2 untuk mengukuhkan kembali Ukhwah diantara keluarga demi kelangsungan generasi Rabbani yang kenal serta ambil tahu akan saudara maranya sendiri. Bak kata pepatah, Tak Kenal Maka Tak Tahu, begitulah sedikit coretan dari diri ini, mudah- mudahan pertemuan kali ini diredhai Allah SWT. Akhir kata, Air yg dicincang tidak akan putuih..Wallahu'alam.
BEKAM AL-HIJAMAH

Satu Kaedah Perubatan

Bekam merupakan salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w Ia merupakan istilah Melayu bererti perlepasan angin dalam badan atau perlepasan darah kotor dari badan.

Dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai 'Al-Hijamah' bermaksud satu kaedah pembersihan darah atau angin dengan megeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buloh, gelas atau yang paling moden dengan menngunakan alat vakum moden yang bersih dan suci hama

Kebaikan dan Kegunaan Bekam:


1. Membuang angin dalam badan

2. Menghilang kesakitan dan lenguh-lenguh badan

3. Melancarkan peredaran darah

4. Membetulkan urat saraf yang tersumbat

5. Membuang racun / tosik dalam badan.


BEKAM UNTUK KULIT MUKA BERMASALAH


Bagi individu yang mempunyai masalah resdung serius,jerawat batu dan kulit sering menggelupas dan bermasalah,saya syorkan anda berbekam dibahagian pipi seminggu sekali untuk 3x sesi,insyaAllah masalah kulit muka anda selesai.Kulit muka yang bermasalah berpunca dari bakteria-bakteria yang berkumpul dalam darah pada bahagian bawah muka,bila dilakukan bekam darah,semua bakteria itu akan disedut keluar bersama darah kotor yang pekat lagi kehitaman.

HARI YANG DILARANG BERBEKAM DARAH

Setiap hari RABU kerana hari tersebut turunnya penyakit kusta.

WAKTU DAN TARIKH YANG DIGALAKKAN BERBEKAM DARAH

1) 13,15,17,19 atau 21hb kalendar islam pada setiap bulan kerana pada masa itu darah kotor berkumpul maksimum dalam badan.

2) Berbekam sebulan sekali kerana para sahabat nabi melakukan sedemikian.

3) Berbekam pada sebelah pagi dan jangan mengambil sebarang makanan dahulu.

INDIVIDU YANG DILARANG BERBEKAM DARAH

1) Wanita hamil 3 bulan pertama.

2) Pesakit kulit yang serius.

3) Pesakit darah rendah yang serius.

4) Orang tua yang terlalu uzur.

Adakah Kita Sudah Bersedia??


Bagaimana Aqal Kita Tatkala Di Dalam Kubur? Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat. Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit? Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10 minit.

Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba. Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak. Terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu. Sewaktu kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia? Apabila saya utarakan hal ini. Ramai yang menjawab : "Tidak" atau juga "tidak tahu" Apa jawapannya sebenar?

Suka saya membawakan sebuah hadis berikut:

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w menyebut berkenaan ujian-ujian di dalam kubur. Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : "Adakah akan dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?" Nabi menjawab: Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang) :
(Riwayat Ahmad, no 6603, 2/172 ; Ibn Hibban, 7/387 ; Majma Zawaid , 3/47 : Al-Haithami : Perawi Ahmad adalah Sohih kecuali terdapat Ibn Lahi'ah ; Syeikh Syuaib : Hasan Lighairi)

Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur ni sepanjang seribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada si Abu Jahal! Dalam keadaan status penilaian aqal kita sama seperti di waktu hidup, tetapi status keadaan tubuh dan keselesaannya adalah diletakkan di ruang liang lahad yang kecil, berselimut dek kain kapan dan ditimbus oleh tanah.

Namun, bagi mereka yang derhaka kepada Allah swt, disebutkan di dalam sebuah lagi hadis :-

"Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa'ad Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )"
( Riwayat Ahmad, dengan sanad yang baik ; al-Mughni 'an hamlil asfar, no 4466, 2/1237 ; Ibn Hibban, Sohih, 7/379 ; Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din al-Maqdisi, 5/200 ; Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)

Ya, ruh terperangkap di dalam jasad di kuburan dan merasai azab himpitan dan lainnya yang amat berat lagi perit. Moga kita dijauhkan Allah swt dari keadaan ini. Hanya amal soleh yang dapat memberikan keselesaan tatkala itu. Ya, benar, bagi yang bersedia, bersukar untuk mempelajari, mengamalkan, dan mengajarkan Islam kepada orang ramai dengan ikhlas dan tulus, mereka akan dikurniakan kenikmatan barzakh yang bermula dengan ruhnya diangkat dan dimasukkan ke dalam burung-burung berwarna hijau dan berterbangan serta menikmati makanan di pepohon syurga.

Demikian sabdaan Nabi s.a.w yang mengatakan :

Sesungguhnya ruh orang mukmin itu seperti burung (atau berada di dalam burung - bermakna tidaklah kelihatan ruh manusia berterbangan), yang menikmati hidangan (dan berterbangan bebas) di pepohon Syurga sehinggalah dikembalikannya oleh Allah ke jasadnya di hari kebangkitannya.
( Riwayat Malik, Tirmidzi & Ibn HIbban : Hadis Sohih ; Ibn Hibban, Arnout, Syakir)


Dunia Di Penghujung Nyawa

(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"



Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.


"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."

Hari Tanpa Beg Plastik' bermula Sabtu ini..

SHAH ALAM, 7 Jan: Kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” yang akan diadakan pada setiap hari Sabtu di seluruh Selangor akan bermula pada hujung minggu ini, 9 Jan.

Pengguna digalakkan membawa beg sendiri kerana beg plastik tidak akan dibekalkan kepada pengguna di kedai atau pasaraya yang mengambil bahagian dalam kempen ini.

Bagi mereka yang tidak membawa beg sendiri, bayaran 20 sen akan dikenakan ke atas setiap penggunaan beg plastik untuk mengurangkan pengunaan beg plastik. Bayaran itu akan disalurkan kepada tabung kebajikan di bawah tanggungjawab sosial syarikat.

“Kerajaan Negeri sentiasa memandang berat terhadap pemeliharaan alam sekitar. Perkara ini hanya dapat dijayakan sekiranya setiap anggota masyarakat mengambil bahagian dalam usaha ini.”

“Oleh itu kami berharap pengguna dapat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam kempen ini demi kesejahteraan masa depan kita,” kata Ginie Lim, Ketua Pegawai Perhubungan Awam Kerajaan Negeri Selangor.

Sejak kempen ini dilancarkan oleh Exco Hal Ehwal Pengguna, Pelancongan dan Alam Sekitar, YB Elizabeth Wong pada 20 Disember lalu, jumlah syarikat di dalam Selangor yang menyertai kempen ini telah meningkat kepada 15 buah.

Antara syarikat besar yang menyertai kempen tersebut ialah AEON Jusco, 99 Speedmart, Parkson, Guardian Pharmacy, IKEA, The Store, Econsave, Vitacare Pharmacy, 7 Eleven, Carrefour, Giant, Watsons, Sunway Pyramid, One-Utama dan SACC.

Kempen ini akan dijalankan selama enam bulan buat peringkat awal dan kesannya akan dinilai bagi mempertimbangkan samada perlu menambahkan hari kempen tersebut.

Kerajaan Negeri juga akan mengadakan program kesedaran dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap kempen ini, antaranya lawatan Exco Selangor Elizabeth Wong sendiri ke pasaraya Jaya Jusco 1 Utama Shopping Centre pada hari Sabtu ini (9 Jan) jam 11 pagi untuk berjumpa dengan orang ramai.

Harakah Daily
Allahu Akbar - Adab mendengar Azan


Allahu Akbar!! Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yang nazak hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratulmaut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya'.
Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri dan jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan, banyak fadhilatnya. Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takuti dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah'; yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini dengan keyakinan yang tidak berbelah bahagi (bahawa tiada Tuhan selain Allah) ketika nyawanya dicabut Allah, dgn izinNya dijanjikan Syurga untuk mereka.
Sifat-sifat Pendakwah


Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut :

1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.

2. Beramal dengan ilmunya.

3. Tahan marah (berlapang dada)

4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.

5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.

6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.

7. Kuat, sihat dan fasih lidah.

8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :

(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.

(b) ilmu sejarah umum.

(C) Ilmu Psikologi.

(d) Ilmu Geografi.

(e) Ilmu Akhlak

(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.

(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.

(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.

9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.

10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara
yang aib.

11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.

12. Bersifat wakar dan tenang.

13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.

14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.

15. Bersikap Taqwa dan Amanah.

BERSIFAT WAKAR DAN AMANAH

Sifat wakar ada pada ;

(a) Orang yang tidak bercakap sesuatu yang sia-sia, sekiranya perlu bercakap dia akan hanya bercakap sekadar yang perlu sahaja.

(b) Orang yang menggunakan gerak-geri bagi menyatakan sesuatu maksud.

(c) Orang yang sedia mendengar segala pertanyaan dan berhati-hati ketika menjawab.

(d) Orang yang tidak gopoh dalam segala perkara.


Di samping itu sifat wakar ini juga dapat menggambarkan ciri-ciri ;

(a) Memelihara diri daripada senda-gurau yang tidak sopan.

(b) Tidak bergaul dengan orang yang suka bergurau dan menghindari majlis mereka.

(c) Menahan lidah daripada menyebut perkataan yang buruk.

(d) Tidak menunjuk-nunjuk diri tanpa sebab yang munasabah seperti duduk di jalan atau di pasar.

Sifat-sifat yang ditonjolkan begini menarik minat orang ramai kerana keperibadian dan akhlak serta kemuliaannya.

Payahnya Malaikat meminta tanah dari bumi...

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu.”

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia.”

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah Bukit Tursina
2. Tanah Iraq
3. Tanah Aden
4. Tanah Al-Kautsar
5. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
6. Tanah Paris
7. Tanah Khurasan
8. Tanah(Babylon)
9. Tanah India
10. Tanah syurga
11. Tanah Tha’if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah”
yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
“Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

Pisang: Penciptaannya Berguna Kepada Manusia
antara Khasiat's Buah Pisang

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

AMENIA:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

TEKANAN DARAH TINGGI:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
KUASA MINDA:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

PENGHADAMAN:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

KELETIHAN:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

PANAS JANTUNG:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

DEMAM:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

GIGITAN NYAMUK:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

SARAF:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

OBESITI & TEKANAN:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

ULSER:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
KAWALAN SUHU:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!

Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

HiDuP MuLiA MaTi SyahiD..

We Love Tok Guru...

Sedikit Kenangan Manis..

.