Gerakan Mengembalikan Daulah Khilafah.

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR. Muslim]

Ijma’ Sahabat yang menekankan pentingnya pengangkatan Khalifah, nampak jelas dalam
kejadian bahawa mereka menunda kewajipan menguburkan jenazah Rasulullah SAW dan
mendahulukan pengangkatan seorang Khalifah pengganti beliau. Padahal menguburkan mayat secepatnya adalah suatu kewajipan dan diharamkan atas orang-orang yang wajib menyiapkan pemakaman jenazah untuk melakukan kesibukan lain sebelum jenazah dikebumikan. Namun, para Sahabat yang wajib menyiapkan pemakaman jenazah Rasulullah SAW ternyata sebahagian di antaranya justeru lebih mendahulukan usaha-usaha untuk mengangkat Khalifah daripada menguburkan jenazah Rasulullah.

Sedangkan sebahagian Sahabat lain mendiamkan kesibukan mengangkat Khalifah tersebut, dan ikut pula bersama-sama menunda kewajipan menguburkan jenazah Nabi SAW sampai dua malam, padahal mereka mampu mengingkari hal ini dan mampu mengebumikan jenazah Nabi secepatnya. Fakta ini menunjukkan adanya
kesepakatan (ijma’) mereka untuk segera melaksanakan kewajipan mengangkat Khalifah
daripada menguburkan jenazah. Hal itu tak mungkin terjadi kecuali jika status hukum
mengangkat seorang Khalifah adalah lebih wajib daripada menguburkan jenazah.

Mai kita tengok di Indonesia gano..

Wahh..semangat giler bendera laailaahaillallah Muhammad Rasullullah..

Di Malaysia?#$@

Perjuangan bukan mudah...perlunya kepada pengorbanan besar, biar jiwa kita besar supaya masaalah bisa menjadi kechil..

Posted By : Ir. Faiez

PERINGATAN BUAT SEMUA..










Salam islah.
Ilmu didatangi, bukan mendatangi..Kata2 Murabbi, ku pegang erat2..Suasana malam yang dingin diselitkan telatahnya yang mencuit hati membuatkan Kuliah Maghribnya tidak jemu-jemu didatangi, di gaulkan bersama isu-isu semasa dalam negeri agar hadirin yang hadir membuka mata mengenainya.. Ilmu tanpa amal akan binasa, Amal tanpa ilmu Sia-Sia, mungkin sahabat2 sekalian sering kali mendengarnya, tapi apa tindakan kita dalam mencari ilmu? Ilmu dunia mahupun akhirat..Ia juga diibaratkan seperti seorang pencari kayu api, dipikul sehingga tidak tertanggung.apa akan jadi? Maka ditinggalkan kesemua kayu api itu tanpa digunakan, ilmu jika dicari perlu segera dimanfaatkan sebaiknya..Begitu juga dengan Amal tanpa ilmu, pabila kita ingin beramal sesuatu benda, hasil ikut-ikutan orang maka tidak berguna sedikit pun.
Antara yang dapat dikongsi bersama agar kita segera mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita yakni tanda-tanda orang yang bodoh, bukan yang lemah dalam akademik, tapi ialah orang2 yang senantiasa bertangguh2 dalam mengerjakan pekerjaan apatah lagi dalam urusan agama.. Sebagai contoh yang mudah, study last minit bagi yang sedang menuntut, adakah kita hendak tunggu kita sudah tua baru bertaubat, nak biar beruban baru hendak fikir nak pi Mengerjakan Haji, selain itu amat celaka orang2 yang mengetahui fadhilat2 /kaifiat2 tentang sesuatu perkara misalnya kita tahu kelebihan solat berjemaah, membaca al-Quran, zikir2, puasa sunat, bersedekah, dan sebagainya tetapi tidak mahu segera mengamalkannya dikatakan orang2 yang bodoh lagi gila, tu kata ustaz, cuma sampai kan ja.huhu..Untuk mendapat pangkat di akhirat, salah satu nya pabila kita ternanti-nanti, tertunggu-tunggu masuknya waktu solat, selesai Zuhur ternanti2 solat asar, selesai asar tertunggu2 solat maghrib dan seterusnya..Pangkat di akhirat umpamanya pangkat Tun, Dato’ Sri, Dato’, dll yang punyai taraf yang tinggi, dunia dah tergambar seronoknya, inikan pula di akhirat kelak..sungguh tak terbayang pangkat kita di sisi Allah kelak..

SEMINAR AL-QURAN 2009

Pada

Oleh : Al-Fadhil Ustaz Ramzani.

Tarikh : October 2009,

Masa : Selepas Isyak’

Tempat : Dewan Kuliah.

Anjuran: Mahasiswa Islam



Introduction

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat" . "

Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga".

Cara-cara menghafal Al-Quran

1. Ikhlaskan diri sebelum menghafal, hanya kerana Allah da bukan untuk tujuan riak.

2. Perbetulkan sebutan dengan berguru(Musyafahah/bertalaq’I – guru baca kita ikut,)

3. Target banyak mana kita hendak hafal.

4. Bacaan perlu diulang banyak kali, selagi tidak terbayang dalam kepala, jangan disambung ayat seterusnya.

5. Dalam keadaan berlagu(jika oleh), hayati bacaan Imam2 terkemuka dunia.

6. Guna satu jenis Al-Quran sahaja, agar mudah ingat kedudukan surah.

7. Memahami jalan2 Al-Quran(Maksud ayat)

8. Ulang dan ulang sehingga terbayang, dan setiap kali pengulangan biar dengan ayat yang pertama.

9. Sentiasa menjadikan amalan bacaan dalam solat pada surah yang telah dihafal agar tidak lupa.

10. Guna alat bantuan seperti mp3,mp4 dll.

11. Antara amalan agar mudah ingat – Lakukan solat sunat 4 rakaat 2 salam. Rakaat pertama-surah Yasin, Rakaat Kedua Surah Fussilat. Rakaat pertama

Ditambah dan Diedit pada mana yang kurang, harap dimanfaatkan bersama..




Inilah Jalan Kami..


Khasiat Kopi Radix

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas

Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).

HiDuP MuLiA MaTi SyahiD..

We Love Tok Guru...

Sedikit Kenangan Manis..

.