10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak


1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan.
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


Maka kesimpulannya, jom kita perbaiki setiap amalan kita agar menepati apa yang dituntut dalam agama...
From Taman2 Syurga..
Edit By: Ir Faiez

Kenangan Jamuan Ekonomi kat RCH..

Arau,Perlis : Dalam satu majlis Kesyukuran Ekonomi Kampus yang bertempat di Radix Chicken House(Jln nak pi kodiang), semuanya atas dasar menghargai pengorbanan dalam membantu gerak kerja sepanjang semester ni, cukup dengan pemberian tuhan dengan ahli2 ekonomi yang memberi komitmen ditambah dengan seluruh Ahli2 Persatuan Mahasiswa Islam Kampus turun membantu diatas ukhwah yang terjalin, serta memberi peluang kpd mahasiswa-mahasiswi mendapat sumber2 asas yang halal, bersih seperti Makanan, Tafsir AL-Quran, Buku2, baju2, dan sebagainya... Hasilnya, cukup membanggakan sehinggakan Allah memberi peluang atas jamuan kali ini berjalan lancar, disebalik itu cukup mengharukan pabila Pemandu yang ditugaskan untuk menempah meja seawal 1/2 jam telah tersilap ke RCH Kangar, namun apa jua rintangan beliau dapat juga hadir atas dasar Lapaq yang teramat sangat..walaupun ada diantara jemputan yang akan menduduki peperiksaan akhir ptg tersebut, tetap jua hadir,alhamdulillah.
Ni kat depan RCH, time nak balik dah ni..
Kaunter..
Ayam...Jumbo A ++ nasi..
Da la tu...gambaq2 ni pun dah mengiurkan... huhu. Doakan perjalanan Ekonomi meningkat na..
Posted By : Ir Faiez..

HiDuP MuLiA MaTi SyahiD..

We Love Tok Guru...

Sedikit Kenangan Manis..

.