Berdoalah..

Berdoa Di Tahun Baru 1431H..
Mengapa Kita Di Suruh Berdoa..?



Dari Ali RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda;
Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang bagi agama dan nur bagi
langit dan bumi. [Hadis Riwayat Hakim]

Sebaik-baik doa yang perlu engkau panjatkan kepada Allah,
adalah apa yang Allah perintahkan kepadamu. (Ibnu Athaillah)

Doa yang perlu dipohonkan pada Allah adalah supaya minta di-
kuatkan iman, diberi ketaatan pada semua perintah dan larangan,
serta istigamah dalam pengabdian.

Dan juga untuk meminta rahmat dan redha Allah.Inilah cita-

cita tertinggi yang perlu dimiliki seorang Muslim.
Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sebenarnya jauh
lebih besar daripada nikmat yang kita minta. Saat kita meminta
rezeki, pada saat bersama rezeki yang Allah curahkan kepada kita

jauh lebih melimpah. Saat kita meminta kebaikan, pada saat bersama
kebaikan yang Allah berikan jauh lebih banyak dari yang kita duga.
Cuma kerana, keterbatasan ilmu dan ketertutupan mata hati, membuat
kita jarang menyadari besarnya kurnia tersebut.

Saat kita meminta redha Allah, maka saat itu kita telah meminta hal
paling berharga dalam hidup. Sebab, tidak ada gunanya harta, pangkat,
kedudukan, ketampanan, atau apa pun, bila Allah tidak redha kepada

kita. Bila Allah sudah redha, maka semuanya akan jadi mudah. Dunia
dan akhirat insya-Allah akan kita dapat nikmat dari ALLAH...
Sambutan Tahun Baru 1431Hijrah Dengan Sebenar2nya..


Salam Maal Hijrah..

Pertama dan selamanya sama-sama kita panjatkan setinggi2 kesyukuran pada allah kerana memberi peluang untuk kita membuka mata, meneruskan hidup yang masih berbaki untuk melaksanakan segala perintah Allah swt yakni yang paling utama Melaksanakan perkara2 Maa’ruf dan meninggalkan perkara2 Mungkar. Tidak lupa selawat serta salam pada nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW, Kita amat bertuah kerana seperti sedia maklum cukup banyak kelebihan menjadi umat nabi Muhammad saw.

Sambutan tahun baru Hijrah disambut dalam keadaan sunyi sepi, aktivitinya hanya sekadar di masjid2 yang kebiasaannya sama disetiap masjid..Doa akhir tahun sebelum maghrib, solat maghrib dan Doa Awal Tahun seterusnya ceramah maal hijrah, setengah tempat diiringi bacaan Yassin,tahlil,lebih kurang begitulah, malam ni juga ada yang berdoa Malaysia berdoa agar Malaysia memenangi Pingat Emas Bola Sepak Sukan Sea,takpaelah doa satu ibadat juga..tapi pabila Tahun Masihi pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan oleh kerajaan, promosinya jauh lebih jauh lebih banyak.ish3.. Adakah kita kekurangan idea seperti jamuan makan malam dijamu dengan konsert nasyid ka,zikir2 dan sebagainya.

Bila sebut tahun Baru Hijrah kita perlu ingat pada sejarah..Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin tikamana Abu Musa Al-Ashari menerima surat daripada Sayidina Umar al-khattab yang suratnya cuma yang menjadi kelemahannya adalah pada tahunnya, mereka hanya menggunakan tarikh seperti 17 Ramadhan, 7Rejab, 3 Safar dan sebagainya sehinggakan terjadilah menggunakan Tahun Pertama Kerasulan Baginda, Tahun Ke Dua Kerasulan, dan seterusnya Pimpinan berasakan perlunya ada takwin Hijrah bagi memudahkan urusan, maka Saiyidina Umar Al-Khattab mengadakan mesyuarat bagi menetapkan penggunaan takwim.

Ada sahabat mencadangkan penggunaan tarikh kelahiran nabi, tetapi ditolak kerana bimbang mereka mendewa2kan kelahiran Nabi Muhammad saw, sama seperti kalendar Al-Maseh ibn Maryam. Ada pula mencadangkan tarikh kewafatan Nabi, sekali lagi ditolak kerana tidak kerana tidak sesuai..cuba kita bayangkan jika tarikh tersebut diambil?$#@#maka makin suram sepi lah pada malam tersebut. Maka Sayidina Umar mencadangkan tahun penghijrahan Nabi Muhammad SAW. Maka kesemua sahabat2 bersetuju. ia nya juga meraikan penghijrahan nabi Muhammad saw.

Bila kita sebut tahun Baru, pasti nya akan timbullah azam baru. Azam baru perlulah bercita2, bertaubat untuk terus kita lakukan serta-merta mengikut perancangan kita dan bertawakal kepada allah..Azam bukannya satu perkara main2.,bilamana azam yang tidak bersungguh2, maka terjadilah azam yang tahun2 sebelumnya masih tidak dilaksanakan. Jom kita selidik sejarah sayidina Umar Abdul Aziz menjadi khalifah bukannya kerana Bapanya menjadi khalifah pada masa tu, beliau ada kelayakan menjadi pemimpin pada masa tersebut. Bila mana wasiat daripada khalifah pada masa tersebut, Umar Abdul Aziz terkejut lalu menolak untuk menjadi khalifah. Tapi, semua penduduk pada masa itu berbai’ah taat setia pada Umar Abdul Aziz. .

Pada masa ini juga ingin dikongsikan apa yang diajar oleh Rasullullah saw dalam memilih sahabat, siapa yang boleh dijadikan kawan dan sahabat. Erti kata sahabat jauh lebih bermakna dari kawan, rakan dll, Dalam sirah nabi, penggunaan Sahabat sering kali didengari padahal banyak lagi yang sama maksud dengannya, kerana Erti kata sahabat lebih mendalam kerana sahabat2 nabi sanggup untuk sehidup semati demi mempertahankan islam ..

Cuba kita perhatikan zaman sekarang, 2 orang bermusafir tapi seorang solat tetapi sorang lagi menunggu di tepi surau sambil menghisap rokok, sambil menyatakan lamanya mamat ni solat..ish. allahhuakhbar!!! pilihlah kawan yang mampu membimbing kita..

Kata imam Al-Ghazali, pilihlah kawan dengan yang pertama orang yang soleh dan baik, berakal,baik akhlak, orang yang tidak tamak kepada harta dunia, orang yang tidak menipu..jika kita tak jumpa jenis sahabat yang macam ni, maka eloklah mengasingkan diri bagi elak terjebak, terpengaruh..

Akhirnya Sempena Maal Hijrah, mari kt sama muhasabah terhadap diri kita selama kita hidup, dan kita ambil beberapa kata2 dari Ulama, ada menyimpulkan bahawa:

1. Pertamanya, Anda perlu takut kepada allah luaran dan dalaman yakni fizikal dan rohani.

2.Keduanya, mari kita mengharapkan Redha allah, membolehkan kita masuk syurga allah.

3. Ketiganya, Ada niat untuk melakukan amar maa’ruf dan meninggalkan yang mungkar.

4.Keempatnya, perbanyakan berdoa kerana ia ibadah, serta tidak lalai dalam berdoa.

5. Kelimanya, Banyakkan istighfar seperti mana maksudnya penyesalan terhadap dosa2 yang dilakukan.

6.Keenamnya, seimbangkan perkara yang zahir dan batin.

7.Ketujuhnya, Ikhlas kerana allah.

Kesimpulannya, sama2 kita mengabdikan diri kepada allah. Wallallua’lam..

Sekian daripada

Ceramah Maal Hijrah

Oleh: Ustaz Hj Hanafiah Bin Nawawi,

Pegawai Syariah Bank Rakyat..




Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Masjidil Aqsa. Untuk bekalan di perjalanan, beliau membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.
Setelah itu ia langsung berangkat menuju
Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya. "Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu. "Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yang lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.
"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar. Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.
Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim. "Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu. "Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".
Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat. "Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orang tua itu, mahukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?". "Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya." "Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu." Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga.
Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim. 4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. "Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain." "O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.
Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran
sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas." "Anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi?Oleh. sebab itu juga berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu...
"
Pada hadits yang lain beliau bersabda; "Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi."(Riwayat Muslim).

TEMAN SEJATI..

Tuhan ku
dalam sendu ku mengadapMu
tertumpah resah dan keliru
tatkala hatiku
Kau uji dengan duka nestapa..
mampukah aku bertahan
mengempang airmata kedukaan
setelah ku sedar
aku sekadar insan
aku berpaling padaMu Ya Rabbi
redha dengan suratanMu Ilahi
mengharap belas kasihanMu
tabahkanlah hati ku
menanggung anugerah Mu
terpandang kedipan bintang
tenang jiwa ku rasakan
agung ciptaanMu
begitu luas terbentang alam..
Ku sedar kebesaran Mu tuhan
ku langkahkan kaki kehadapan
tak inginku toleh kegagalan
lantas kesilapan ingin ku perbetulkan
Pada Mu Ya Allah
aku berserah
Ampunkan kealpaan ku pada akhirat Mu
pulangkan aku pada Zat Mu
nikmatkan aku dalam kehidupanku. .
Tempat iblis: SEMOGA MENJADI PEDOMAN UNTUK KITA SEMUA

Rahsia Iblis

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."

SEMOGA MENJADI PEDOMAN UNTUK KITA SEMUA

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:49 AM



HiDuP MuLiA MaTi SyahiD..

We Love Tok Guru...

Sedikit Kenangan Manis..

.