Sambutan Tahun Baru 1431Hijrah Dengan Sebenar2nya..


Salam Maal Hijrah..

Pertama dan selamanya sama-sama kita panjatkan setinggi2 kesyukuran pada allah kerana memberi peluang untuk kita membuka mata, meneruskan hidup yang masih berbaki untuk melaksanakan segala perintah Allah swt yakni yang paling utama Melaksanakan perkara2 Maa’ruf dan meninggalkan perkara2 Mungkar. Tidak lupa selawat serta salam pada nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW, Kita amat bertuah kerana seperti sedia maklum cukup banyak kelebihan menjadi umat nabi Muhammad saw.

Sambutan tahun baru Hijrah disambut dalam keadaan sunyi sepi, aktivitinya hanya sekadar di masjid2 yang kebiasaannya sama disetiap masjid..Doa akhir tahun sebelum maghrib, solat maghrib dan Doa Awal Tahun seterusnya ceramah maal hijrah, setengah tempat diiringi bacaan Yassin,tahlil,lebih kurang begitulah, malam ni juga ada yang berdoa Malaysia berdoa agar Malaysia memenangi Pingat Emas Bola Sepak Sukan Sea,takpaelah doa satu ibadat juga..tapi pabila Tahun Masihi pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan oleh kerajaan, promosinya jauh lebih jauh lebih banyak.ish3.. Adakah kita kekurangan idea seperti jamuan makan malam dijamu dengan konsert nasyid ka,zikir2 dan sebagainya.

Bila sebut tahun Baru Hijrah kita perlu ingat pada sejarah..Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin tikamana Abu Musa Al-Ashari menerima surat daripada Sayidina Umar al-khattab yang suratnya cuma yang menjadi kelemahannya adalah pada tahunnya, mereka hanya menggunakan tarikh seperti 17 Ramadhan, 7Rejab, 3 Safar dan sebagainya sehinggakan terjadilah menggunakan Tahun Pertama Kerasulan Baginda, Tahun Ke Dua Kerasulan, dan seterusnya Pimpinan berasakan perlunya ada takwin Hijrah bagi memudahkan urusan, maka Saiyidina Umar Al-Khattab mengadakan mesyuarat bagi menetapkan penggunaan takwim.

Ada sahabat mencadangkan penggunaan tarikh kelahiran nabi, tetapi ditolak kerana bimbang mereka mendewa2kan kelahiran Nabi Muhammad saw, sama seperti kalendar Al-Maseh ibn Maryam. Ada pula mencadangkan tarikh kewafatan Nabi, sekali lagi ditolak kerana tidak kerana tidak sesuai..cuba kita bayangkan jika tarikh tersebut diambil?$#@#maka makin suram sepi lah pada malam tersebut. Maka Sayidina Umar mencadangkan tahun penghijrahan Nabi Muhammad SAW. Maka kesemua sahabat2 bersetuju. ia nya juga meraikan penghijrahan nabi Muhammad saw.

Bila kita sebut tahun Baru, pasti nya akan timbullah azam baru. Azam baru perlulah bercita2, bertaubat untuk terus kita lakukan serta-merta mengikut perancangan kita dan bertawakal kepada allah..Azam bukannya satu perkara main2.,bilamana azam yang tidak bersungguh2, maka terjadilah azam yang tahun2 sebelumnya masih tidak dilaksanakan. Jom kita selidik sejarah sayidina Umar Abdul Aziz menjadi khalifah bukannya kerana Bapanya menjadi khalifah pada masa tu, beliau ada kelayakan menjadi pemimpin pada masa tersebut. Bila mana wasiat daripada khalifah pada masa tersebut, Umar Abdul Aziz terkejut lalu menolak untuk menjadi khalifah. Tapi, semua penduduk pada masa itu berbai’ah taat setia pada Umar Abdul Aziz. .

Pada masa ini juga ingin dikongsikan apa yang diajar oleh Rasullullah saw dalam memilih sahabat, siapa yang boleh dijadikan kawan dan sahabat. Erti kata sahabat jauh lebih bermakna dari kawan, rakan dll, Dalam sirah nabi, penggunaan Sahabat sering kali didengari padahal banyak lagi yang sama maksud dengannya, kerana Erti kata sahabat lebih mendalam kerana sahabat2 nabi sanggup untuk sehidup semati demi mempertahankan islam ..

Cuba kita perhatikan zaman sekarang, 2 orang bermusafir tapi seorang solat tetapi sorang lagi menunggu di tepi surau sambil menghisap rokok, sambil menyatakan lamanya mamat ni solat..ish. allahhuakhbar!!! pilihlah kawan yang mampu membimbing kita..

Kata imam Al-Ghazali, pilihlah kawan dengan yang pertama orang yang soleh dan baik, berakal,baik akhlak, orang yang tidak tamak kepada harta dunia, orang yang tidak menipu..jika kita tak jumpa jenis sahabat yang macam ni, maka eloklah mengasingkan diri bagi elak terjebak, terpengaruh..

Akhirnya Sempena Maal Hijrah, mari kt sama muhasabah terhadap diri kita selama kita hidup, dan kita ambil beberapa kata2 dari Ulama, ada menyimpulkan bahawa:

1. Pertamanya, Anda perlu takut kepada allah luaran dan dalaman yakni fizikal dan rohani.

2.Keduanya, mari kita mengharapkan Redha allah, membolehkan kita masuk syurga allah.

3. Ketiganya, Ada niat untuk melakukan amar maa’ruf dan meninggalkan yang mungkar.

4.Keempatnya, perbanyakan berdoa kerana ia ibadah, serta tidak lalai dalam berdoa.

5. Kelimanya, Banyakkan istighfar seperti mana maksudnya penyesalan terhadap dosa2 yang dilakukan.

6.Keenamnya, seimbangkan perkara yang zahir dan batin.

7.Ketujuhnya, Ikhlas kerana allah.

Kesimpulannya, sama2 kita mengabdikan diri kepada allah. Wallallua’lam..

Sekian daripada

Ceramah Maal Hijrah

Oleh: Ustaz Hj Hanafiah Bin Nawawi,

Pegawai Syariah Bank Rakyat..


No comments:

Post a Comment

HiDuP MuLiA MaTi SyahiD..

We Love Tok Guru...

Sedikit Kenangan Manis..

.