SEMINAR AL-QURAN 2009

Pada

Oleh : Al-Fadhil Ustaz Ramzani.

Tarikh : October 2009,

Masa : Selepas Isyak’

Tempat : Dewan Kuliah.

Anjuran: Mahasiswa Islam



Introduction

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat" . "

Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga".

Cara-cara menghafal Al-Quran

1. Ikhlaskan diri sebelum menghafal, hanya kerana Allah da bukan untuk tujuan riak.

2. Perbetulkan sebutan dengan berguru(Musyafahah/bertalaq’I – guru baca kita ikut,)

3. Target banyak mana kita hendak hafal.

4. Bacaan perlu diulang banyak kali, selagi tidak terbayang dalam kepala, jangan disambung ayat seterusnya.

5. Dalam keadaan berlagu(jika oleh), hayati bacaan Imam2 terkemuka dunia.

6. Guna satu jenis Al-Quran sahaja, agar mudah ingat kedudukan surah.

7. Memahami jalan2 Al-Quran(Maksud ayat)

8. Ulang dan ulang sehingga terbayang, dan setiap kali pengulangan biar dengan ayat yang pertama.

9. Sentiasa menjadikan amalan bacaan dalam solat pada surah yang telah dihafal agar tidak lupa.

10. Guna alat bantuan seperti mp3,mp4 dll.

11. Antara amalan agar mudah ingat – Lakukan solat sunat 4 rakaat 2 salam. Rakaat pertama-surah Yasin, Rakaat Kedua Surah Fussilat. Rakaat pertama

Ditambah dan Diedit pada mana yang kurang, harap dimanfaatkan bersama..




No comments:

HiDuP MuLiA MaTi SyahiD..

We Love Tok Guru...

Sedikit Kenangan Manis..

.