Kisah 2 Sahabat..

Salam Perjuangan..
DuniaIslam, 27julai09- Setinggi2 Kesyukuran pd ilahi kerna selesai dan memudahkan perjalanan ke UiTM Melaka bagi menghantar saudara perempuanku..yang mendapat tawaran menyambung pengajiannya disana,berkonvoi 3 buah family dan kereta,...wahhh.seronoknya.. permulaan harinya cukup bermakna kerana perjalanan cukup jauh nun disana dari negeri Timur Tanahair,Klantan FC.. harapan ibuayah sungguh tinggi demi membolehkan si anak menuntut ilmu setinggi2nya..Pada mulanya teringat sewaktu mula2 diri ini memasuki alam Kampus, semuanya pengalaman manis yg pertama kerna sama2 tidak pernah berpisah lama dari ibuayah tercinta. TAPI...Melihatkan suasana kampus cukup memeranjatkan kerna
Blok TUN PUTIH(siswi)bersebelahan blok TUN KASTURI(Siswa) Blok yang di hanya pisahkan dengan Gelanggang Badminton/takraw memudahkan lagi percampuran antara siswa siswi.Blok yang dapat dilihat berbentuk L memudahkan lagi pelajar2 tahun baru untuk mendapatkan pasangan dan lebih cenderung malakukan maksiat..Naluri alam remaja perlu sama2 kita fahami dan atasi, apa yang boleh kita lakukan cukup mudah dan simple tapi perimaan?Hanya Allah yang Tahu..Dengan usaha yang sedikit ini,berusahalah demi pelajar2 harapan Agama,bangsa dan Negara ini memdekatkan dirinya dengan Masjid( tp..MAsjid kulihat jauh nun disana),contoh tauladan kitalah yang Senior2 menunjukkan akhlak Pembawaan Rasullallah saw perlu ditonjolkan agar adik2 ini terdidik dengan Pegangan Agama..Insyaallah..Perjalanan adik2 ini begitu jauh dan panjang selama 3 tahun ini macam2 perkara boleh berlaku, Sepatutnya diri ini sudah berada di Kampus bagi menyambut kemasukkan KeKampus ku,selama seminggu ku ingin didik mereka kearah yang Kerohanian,lebih dikenali MinGGu MeSRA SiSwA(MMS), Tapi ada kewajipan yang lebih perlu diutamakan, Ku patuhi segala arahan pimpinan untuk kebaikan Dunia Akhirat..

Wahhh...Diri ini ingin berkongsi..Peluang hari pertama berpeluang melihat sendiri suasana Kolej yang diduduki siswi2 membuatkan aku terfikir bahawa kenapa bilangan siswi lebih ramai daripada siswa.Kenapa yea$@#$?hehehe.. Banyak sebabnya kan,btol...tapi apa yg dapat ku ungkap, sauasananya cukup ceria dengan riben2, langsir2 yang terurus, corak pd dinding2 yang warna warni dan pelbagai lagi..

Berbalik pd tajuk diatas, Ku teringat kisah sahabatku ketika masih berpakaian Kemeja Putih dan Seluar slack Hijau,segalanya indah.. Ketika ku sahabatku ini menyedari 2 sahabat ini yang tidak bertegur sapa lebih kurang 1 tahun gara2 berkemungkinan timbulnya salah faham diantara mereka, pernah kunasihati tapi..kurang berkesan ataupun kata2ku tidak menyentuh hati sanubari kedua2 pihak..

Tersedar bahawa method dakwah perlu disesuaikan mengikut persekitaran dan kategori sasaran, agar penyampaian berkesan, Di alam Kampus pula, situasinya hampir sama tapi lebih exstream..wahh..
Ada kisah yang boleh membuatkan keegoaan seseorang luntur yang kita sering dengar melalui pembacaan kita,Usrah,kuliah, dan sebagainya..Ceritanya bermula.....Begini...
Suatu ketika Ahmad dan Ali(Bukan nama sebenar) bermusafir ke satu perjalanan yang jauh. tiba2 Ahmad dan ali bertengkar untuk menentukan jalan yang patut dilalui... nyata kesilapan Ahmad,ttp saling salah menyalahi antara 1 sama laen, sehingga membuatkan mereka tersesat jauh..Akhirnya PAAAANGGGG......aLI menampar Ahmad kerana tertekan kerana ..
Tiba di perhentian, Ahmad terus menulis
"HARI INI SAHABATKU MENAMPAR KU"... diatas pasir..

Mereka meneruskan perjalanan, Tiba di tepian pantai, laut bagai memanggil mereka untuk mandi kerana cuaca yang agak panas membuatkan badan mereka tidak selesa. Tiba2 AHMAD bersedia untuk mandi, Hampir 20minit...TIBA2..AHMAD hampir lemas..Segera Ali berlari dari permukaan air bagi mendapatkan Ahmad yang jauhnya hampir 200m darinya..Bantuan pernafasan segera dilakukan,AHMAD berjaya di selamatkan..

AHMAD segera mengukir sesuatu pada batu yang berhampiran dengan ...
"HARI INI SAHABATKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.."

Ali merasa pelik dengan tindakan AHMAD...Lantas Ali bertanya apa yang kau lakukan? apa motif sebenar pasir dan batu?
Lantas AHMAD menjawab..." Tika sahabat melukai hati kita,kita harus menulisnya pada pasir kerana Angin Kemaafan mudah menghapuskan tulisan..Dan pabila sahabat kita berbuat sesuatu kebaikan, aku pahatkan pada batu agar tetap dikenang dan tidak hilang ditiup waktu...



Sahabat..

Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.

Sahabatku yang sangat aku cintai..
Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.

Sahabat..
Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!

Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.

Sahabat...
Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.

Sahabatku yang dikasihi..
Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu.


Tulus,

Sahabatmu Tercinta

No comments:

Post a Comment

HiDuP MuLiA MaTi SyahiD..

We Love Tok Guru...

Sedikit Kenangan Manis..

.