Mahligai Buat Ayah Di Syurga


Salam Sayang Buat SAHABAT...
Syukur kita pada ilahi kerana masih lagi memberi kita nikmat yang paling berharga yakni IMAN & ISLAM, Allah masih lagi memberikan kita nikmatnya yang tak terkira banyaknya,malah diibaratkan jika diberikan dakwat pen sebanyak air dilaut untuk menulis nikmat2 Allah,nescaya,keringnya air laut itu belum lagi habis tertulis nikmat-nikmat Allah.
Puchong - 21Jun 09 adalah Hari yang dikhususkan untuk mengenang jasa bapa kita. Sahabat sekalian, pengorbanan seorang bapa pada saya cukup banyak pada kita setelah dikandung ibu selama sembilan,9 bulan. Bapa menyediakan segala keperluan buat kita dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara, kita boleh lihat pengorbanan seorang bapa bermula awal pagi setelah selasai solat suboh, menyiapkan diri untuk menghantar kita ke sekolah pabila udah sarapan. Angin pagi yang segar dihirup agar perjalanan mencari rezeki untuk isteri empat orang anak tersayang(huhu,pham ke?).. Penat lelah seorang ayah tidak mampu terbalas buat kita seorang anak yang kadang-kadang merengek bagai sang budak baru melihat alam dunia..itu nak,ini nak..macam-macam permintaan kita pada si ayah.. Balik dalam kepenatan lega dengan disambut insan bernama ibu..Anak yang sedang bermain riang meredakan lagi penat si ayah.. Malam nya pula, selesai solat maghrib dan isya' diselitkan tazkirah ataupun diantaranya mengeratkan lagi silaturrahim diantara keluarga... Begitulah tentatif waktu ayah setiap hari..xkira penat lelah membesarkan kita.

Aku cukup sedih pada budak-budak zaman sekarang yang tidak menghargai jasa kedua ibu bapanya,dengan pegangan agama yang kian longgar dengan peranan Media2 massa elektronik dan sbagainya.menyulitkan lagi usaha untuk mendidik para dai'e illahlah yang bakal mentadbir negara. berbalik perihal bapa.. ku yakin bahawa seorang bapa yang mendidik keluarganya dengan menerapkan segala hal-hal keluarga dengan agama bakal mendapat redha allah seterusnya Syurga ALLAH swt..
Allah berfirman yang bermaksud: Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil. (Surah al-Isra’, ayat 24).
Allah berfirman lagi yang bermaksud: Firman Allah yang bermaksud: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa. (Surah an-Nisaa’, ayat 36).
Akhir kalam,mana yang baik itu datang dari allah, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri sendiri yang pada asalnya kedua-duanya dari allah yang mahu kita sentiasa Bermuhasabah keatas diri kita...Wallahu'alam..

2 comments:

HiDuP MuLiA MaTi SyahiD..

We Love Tok Guru...

Sedikit Kenangan Manis..

.